Sunday, November 13, 2016

Happy PostBirthday Cik Bedah

Assalamualaikum...

Hari ini aku bangun awal. Terasa agak malas sedikit. Niat ingin ke pejabat untuk cuba selesaikan beberapa perkara. Oleh kerana kemalasan melanda, aku batalkan niat tersebut dan cuba menjcari aktiviti yang lain pada hari Ahad yang berbahagia ini. Aku mandi agak lama hari ini dan mandi dengan sepuasnya, membazirkan seberapa banyak air yang boleh. Selepas itu, aku menunaikan Solat Dhuha 4 rakaat. Dalam minggu ini, aku lakukan baru sekali. Kebiasaannya memang aku lakukan hanya pada hari cuti. 

Baju belum dicuci. Kebiasaan aku, aku mencuci baju di dobi. Namun aku pasti kalau waktu pagi sebegini memang penuh dobi dengan manusia ingin mencuci baju hari ini. Kalau ingin mencuci, petang-petang bawa ke malam barulah manusia berkurangan. Ini memang pengalaman kebiasaan aku tetapi kadang kala berlaku perkara tidak dijangka juga. Malam pun penuh manusia mencuci baju. Kemalasan sekali lagi melanda. Aku merasakan ingin mendobi waktu petang saja.

Pagi-pagi begini aku ingin bersarapan di McD kemudian mencari tempat untuk membayar bil umobile seterusnya membeli barang keperluan aku yang kehabisan iaitu deodorant, krim muka, pencuci muka dan lipgloss. Terlintas juga untuk menonton wayang 'Doctor Stranger'. Setelah puas berfikir bukan-bukan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mendobi baju dahulu. Lalu aku membungkus baju-baju kotor tersebut masuk kedalam beg.

Stok seminggu punya baju kotor. Baju didobi bersama-sama bantal 2 biji, telekong dan selimut. Aje giler. Beg aku sandang ditambah dengan beg aku pegang kiri dan kanan. Selimut bau hapak dah. Jadi aku mengambil keputusan untuk mendobi semua yang boleh didobi. Tapi tuala pula tertinggal. Tak apalah. 

Aku mendobi di Family Laundry terletak di tingkat LG blok aparment aku ni. Kadar Family Laundry adalah seperti berikut:

Washer : 9kg = RM3.00
              14kg = RM6.00

Dryer : 9kg = RM3.00
             14kg = RM4.00

Selalunya aku menggunakan mesin yang 9kg saja untuk mencuci dan mengering. Oleh kerana terlampau banyak barang, aku cuci menggunakan dua mesin 9kg dan mengering menggunakan 1 mesin 14kg pada kali ini. Mesin-mesin ini hanya menerima 50sen syiling baru. Tetapi jangan risau, dalam dobi ini ada kemudahan menukar duit syiling. Untuk menukar duit syiling tersebut, duit kertas yang anda tukar juga mesti dalam keadaan baik. 

Sedang aku selak-selak beg duit aku untuk mendobi, tiba-tiba Subhanallah! Aku terlupa perbaharui lesen aku yang telah mati pada harijadi aku semalam. Aku terkedu sebentar. Termenung macam mana aku boleh terlupa pasal lesen aku. Aku terlampau lagha dan taksub tentang kejadian 2 hari lepas. Lama aku termenung, aku tidak boleh lagi membuang masa. Apa-apa hal aku mendobi dulu. Selepas butang mencuci ditekan aku terus naik ke bilik aku, membuka laptop dan broadband mencari-cari pejabat pos yang beroperasi pada hari Ahad. 

Laman web Pos Malaysia dibuka dan aku menemui beberapa lokasi yang menjalankan operasi pada hari Ahad. Aku terfikir sehingga sampai ke Johor kerana hari Ahad adalah waktu bekerja di Johor. Tetapi aku belum giler lagi untuk ke Johor semata-mata untuk perbaharui lesen memandu. Banyak rupanya pejabat pos yang beroperasi pada hari Ahad di Selangor ini. Tetapi semua tempat itu, tidak aku ketahui. eheh~. Sehingga mata aku tertumpu pada 1 lokasi iaitu Tesco Ampang. 

Aku pernah beberapa kali membeli belah disini tetapi aku tidak pernah perasan ada pejabat pos disitu. Aku mendapatkan kepastian dengan menggunakan google map dan memang Tesco ini yang pernah aku datang. Selesai mendobi aku dalam lebih kurang 10 pagi aku terus memacu kuda hitam aku ke Tesco Ampang untuk mencari pejabat pos. Maklumat waktu operasi yang aku perolehi dari laman web ini memaklumkan bahawa Pejabat Pos ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sesampainya aku disana, aku memusing-musing mencari hala tuju. Aku tawakkal dan redha saja kalau bukan disitu tempatnya, maka aku akan perbaharui esok hari saja. Tetapi aku takut aku tiada masa esok kerana aku akan ke Taman Botanik Klang untuk melakukan pemurniaan data selama 2 hari. Jadi setelah 3 kali memusing-musing memang ada pejabat pos yang terletak di celah bedah kedai dalam 1 lorong. Patutla aku tak pernah nampak sebelum ini. Memang tersorok sikit. 

Baik, pejabat pos dah jumpa, sekarang aku tidak ada wang pula. Mencari pula mesin atm maybank. Jumpa, jadi aku beraturlah macam biasa. Betul-betul tiba giliran orang depan aku, mesin tu cakap "machine temporarily out of service". What??? Hare betul... Sewaktu aku beratur aku terpandang satu mesin menukar syiling. Bila dilihat cara menggunakannya, duit syiling akan ditukarkan kepada baucar beli belah di Tesco dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Actually, it's a good idea. Aku ada duit syiling suku balang je. Tapi boleh juga guna di Tesco untuk beli barang. At least dapat beli beras pun jadilah. Nak tukar dibank malu pula sebab terlampau sikit. Seposen dengan 5sen yang banyak. Bila kira ada bape hengget je.

Dengan ini aku terpaksa mengorbankan duit bil untuk bayar Umobile. Aku dah siap-siapkan duit dalam sampul surat untuk aku bayar bil tersebut dalam beg aku ni. Bil aku adalah RM72.10. Kenapa ada posen-posen? Sebenarnya Rm68. Lebih tu GST la. Seposen tu pun aku dah standby. Jadi aku gunakan duit tu dulu untuk perbaharui lesen. Tekan nombor dan duduk sehingga dipanggil. Nervous juga takut tak boleh renew hari ni.

Sampai giliran aku, aku tanya dulu, "Boleh kah nak renew lesen arini?"

Adik manis tu pun menjawab, "Boleh. Bagi IC."

Fuh. Lega. Aku pun beri IC aku pada adik tu.

"Berapa tahun?" adik pejabat pos tu bertanya lagi.

Aku tak bersuara tunjuk peace je. Adik tu fahamlah, maknanya aku nak 2 tahun.

Lepas tu, adik tu bersuara "RM62.10."

Aku pun beri semua duit bil Umobile pada adik tu. Note Rm50 sekeping, Note RM20 sekeping, Note Rm1 2keping dan syiling seposen sekeping. Baki Note RM10 dipulang pada aku. Alhamdulillah, selesai 1 kekeliruan dalam hidup aku... huahuahua... Perut lapaq pula. Cari makan. Nak makan pizza. Aku memang tahu ada pizza hut di Tesco Ampang tu. Aku nak makan cheese fondue ke apa tah nama dia. Bila sampai didepan pintu, kaki aku tak dapat nak melangkah masuk. Taktahulah kenapa. Akhirnya aku berlalu saja dan terus keluar dari Tesco Ampang tersebut menuju ke Aeon Setiawangsa AU2. 

Niat nak tengok 'doctor stranger'. Disini ada TGV. Pusing-pusing turun naik macam tiada arah tujuan sekali lagi. Sebenarnya aku pusing 3 kali depan pizza hut sini pula. Tapi aku tak berani nak masuk sebab macam tiada pelanggan lain dalam tu. Kosong je. Aku keluarkan duit dari atm maybank yang ada disitu. Pergi ke TGV, melihat tayangan seterusnya "doctor stranger" adalah pada pukul 2 petang. Sekarang baru pukul 12 tengahari. Aku tidak bolah buang masa aku begitu banyak disini.

Lalu aku membeli barang keperluan di Watson. Dan berkesudahan membeli makanan di KFC sahaja. Aku membeli crunch onion cheese. Kempunan nak makan fondue di pizza hut. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Selepas itu, aku keluar dari Aeon dan ke Stesen Petronas untuk membayar bil Umobile. Stesen ini ada menyediakan perkhidmatan membayar bil juga. Tetapi waktu aku tidak baik kali ini sistem tergendala dan aku tidak dapat membayar bil aku. Sebenarnya dah beberapa kali aku tak dapat membayar bil Umobile ini. Ada saja halangan. Mungkin ada petunjuk sesuatu.

Aku pulang terus ke rumah dan melahap makanan KFC yang aku bungkus tadi. Aku membeli dengan nasi. Biar kenyang sikit. Kalau makan ayam je, lemak dengan kolesterol terlebih pula nanti. Seterusnya aku melakukan rutin dirumah dengan mencuci bilik air, menyapu dan mengemas bilik. Bila memikirkan balik bil Umobile tu, sebenarnya due date adalah 4 disember 2016. Jadi mengapa aku perlu tergesa-gesa.

Untuk hari ini, aku dapat menyelesaikan 1 perkara penting iaitu perbaharui lesen memandu. Terima kasih tuhan kerana menyedarkan aku pada awal pagi supaya aku mendobi dan membelek-belek beg duit aku. Kalau tidak aku takkan sedar lesen aku dah mati dan memberi kesempatan dan kelapangan untuk aku perbaharui lesen pada hari Ahad yang berbahagia ini.

 3 perkara lain yang aku tak dapat kecapi tetapi tidak begitu penting pada hari ini adalah:
1. Bayar bil Umobile
2. Makan cheese fondue di Pizza Hut
3. Tengok wayang cerita "Dr Strange"

Ini semua donia...  hahaha~

Sekian...








Happy Birtday Cik Bedah...

Assalamualaikum.

Happy Birtday to me. 12 November 2016. Malam tadi tidur awal oleh kerana terlampau kekenyangan. Majlis selesai lebih kurang jam 9.30 malam. Pagi ini bangun awal kerana perlu ke pejabat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak. Pagi-pagi lagi setelah selesai solat Subuh terus buka peti ais. haha. Mencari sisa-sisa makanan semalam yang aku bawa balik dari rumah Ita yang boleh ku makan sebagai sarapan. 


Tu dia... Kek chocolate indulgence by secret recipe. Aku membawa pulang 2 slices. Malam tadi aku dapat makan 1 slice je sebab dah tak daya perut dah terlebih muatan. Jadi aku mulakan hari aku dengan Bismillah dan sarapan dengan kek ini. Pekena pula dengan indocafe panas. Terbaik. Kalau beli di kedai RM8.80 per slice. Tambah GST lagi. Rezeki aku, aku dapat 3 slice free. Syukur. Selepas itu barulah aku mandi dan bergerak ke tempat kerja. Dengan 2 slices ni aku dapat bertahan kerja hingga ke petang.

Sedang aku menjalankan rutin kerja aku dipejabat, muncul pula whatsapp dari group 'bez frenz 4 ever'. Group ini merupakan group semasa aku belajar dulu. Group ini pun merupakan group yang terbaik masa aku belajar dulu. Kawan-kawan sedih dan gembira. Tetapi selepas konvo, semua membawa haluan masing-masing. Ini disebabkan kami berasal dari tempat yang berjauhan. Berbeza dengan group 'Pisang Tanduk', group 'Pisang Tanduk' adalah rakan-rakan kerja. Persamaannya kami melakukan aktiviti makan bersama-sama beramai-ramai. haha~... Itulah persamaan kedua-dua group ini.

Salah seorang member dari group 'bez frenz 4 ever' yang dikenali sebagai Diana berasal dari Sarawak menegur dalam group lama kami tak chat. Aku orang pertama yang memberikan maklumbalas dan terus menyatakan bahawa hari ini harijadi aku. Tak malu betul. Sempat lagi aku menyatakan bahawa aku pernah merajuk semasa belajar dahulu dengan mereka bahawa mereka tidak ingat harijadi aku padahal aku mengingati harijadi mereka semua sehingga aku menangis yang teramat sangat. Betapa tak matured dan ngada-ngada aku waktu itu. Tapi sekarang aku sedar dan tak begitu kisah tentang harijadi aku.

Oleh kerana tidak ramai yang ingat harijadi aku, jadi aku war-warkan kepada mereka. hehe~... Jadi masa itu, ramailah yang ucap Selamat Hari Jadi pada aku. Ramailah yang belanja aku kek. Tapi belanja gambar saja lah... huhu~... Nasib aku dah dapat makan kek, kalau tak kempunan tengok gambar kek yang mereka hantar ni. Ini semua dari group 'bez frenz 4 ever'...


Ini adalah gambar yang di'belanja' oleh member yang bernama Ani. Ani sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Surirumah tangga sepenuh masa. Berasal dari Kelantan tetapi menetap di Pulau Pinang kerana suami beliau berasal dari situ. Tetapi Ani mempunyai kebolehan untuk menjahit baju dan membuat kek. Kek di atas adalah hasil daripada air tangannya sendiri. Jadi, beliau hanya bekerja dirumah dengan menjahit atau membuat kek.


Ini pula gambar di'belanja' oleh member bernama Pria. Pria bumiputera Sabah iaitu Kota Belud. Budak ni memang menjalankan perniagaan membuat kek sekarang dan beliau juga bekerja hanya dari rumah. Dahsyat-dahsyat kek-kek beliau ni. Gambar diatas dinamakan kek white chocolate oreo, gajus dan homemade caramel. Amek kaw. Panjang botul nama... ahaha~... Beliau juga ada membuat cheese kek dan macam-macam kek lagi. Memang kelebihan beliau dalam acara memasak ni. Beliau selalu menerima tempahan kek dan kuih raya. Kuih raya beliau memang cantek dan halus buatannya...  Terbaek Pria...

Ini tiada kene mengena dengan group whatsapp. Ini dihantar secara personal oleh seorang sahabat lama. Aku gelar dia 'abang janggut'. Satu-satunya sahabat yang ingat harijadi aku dan akan ucap selamat harijadi kepada aku setiap tahun. Memang aku menerima mesej daripada dia setahun sekali. Tapi aku segan sebab dia dah berkahwin dan ada anak. Dia ni ibarat iphone7, cinta tetapi tak semestinya memiliki. chia chia chia...

Selesai beberapa tugasan, aku pulang. Kerja memang tak pernah habis tapi aku buat yang termampu saja. Perut dah main lagu keroncong sebab dah petang, pulang rumah pintu ais dibuka lagi dan kali ini mencari-cari lagi bekalan yang dibawa pulang dari malam tadi. 


Jumpa lebihan seafood. Panaskan dalam microwave dan makan bersama nasi dan aku habiskan semua bekalan lain iaitu buah tembikai dan koktel sebab kalau lagi lama simpan lagi tak elok. So far aku tiada masalah makan makanan yang disimpan dalam peti ais dalam jangkamasa 1 atau 2 hari. Kalau lebih 3 hari memang bagi tong sampah makan lah... Aku sayang je tengok makanan ni. Sedap lagi rasa bila aku makan. 

Menjelang malam, bermacam-macam bermain difikiran kerana banyak lagi benda yang perlu dilakukan. Rasa macam nak settlekan malam ni juga tapi badan aku ni dah tak boleh adaptasi lagi. Menjelang harijadi aku, semakin aku rasa ketahanan badan aku semakin berkurang. Jadi aku membuat keputusan untuk menidurkan diri...

Sekian...




Happy PreBirthday Cik Bedah...

Assalamualaikum.

Hari ini tergerak hati untuk menulis. Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak perkara menarik dan berbangkit berlaku dalam hidup aku. Hari ini, 13 November 2016 (Ahad), sehari selepas hari ulangtahun aku yang ke-31. Ya. Harijadi aku adalah 12 November 1985. Baik, tanpa membuang masa aku nak cerita apa yang telah terjadi sebelum dan selepas harijadi aku ni.

Pada hari Khamis 10 November 2016, sedang aku buat-buat sibuk bekerja. Sewaktu di pejabat, aku dapat panggilan telefon daripada salah seorang sahabat dari group whatsapp yang dikenali sebagai 'Pisang Tanduk'. Sebenarnya ini adalah group tempat kerja lama aku. Tapi kami masih lagi menjalinkan hubungan silaturahim yang mesra diantara satu sama lain. Aku dipelawa untuk menyertai jamuan makan yang mereka gelar 'shell and out' lebih kurang bunyi dia dengan purata seorang peserta RM30. Sebenarnya acara makan-makan sebegini memang selalu dilakukan oleh group ini dan setakat ini aku tidak pernah ketinggalan untuk turut serta.

 "Apo bondo tu?" aku tanya budak ni yang dikenali sebagai Teha. 

"Ala, yang kerang, kupang... semua seafood tu kak. Tontong sorang 30 hengget. Ok tak kak? Ke mahal?" beliau menjawab.

"Oh, erm, boleh.. boleh..." aku menjawab tanda setuju. Mujur aku baru lepas gaji kerana gaji aku setiap 10hb.

Acara berlangsung di rumah seorang member yang bernama Ita pada hari Jumaat, 11 November 2016 selepas waktu bekerja. Pada hari tersebut, aku bergegas solat Asar terlebih dahulu di pejabat sebelum bergerak ke rumah Ita. Ini kerana Ita sudah bersuami dan sudah mempunyai seorang anak lelaki. Untuk memperoleh lebih keselesaan, lebih afdal dan selesa aku solat di surau pejabat sahaja.

Sampai sahaja di rumah Ita, aku lihat dia sedang sibuk di dapur menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Masa tu baru aku seorang sahaja member yang sampai. Dalam pukul 6 petang. Excited jah. haha. Bila masuk sahaja ke dapur Ita, segala mak nenek seafood kelihatan memenuhi ceruk dapur. Ketam, udang, kupang, sotong, pepahat, lala dan lain-lain. Ada juga menatang lain yang aku tak kenal yang tidak disebutkan disini. Aku pun rewanglah apa yang patut sementara menunggu member-member yang lain tiba.

Tempat kerja lama aku ni, bersebelahan saja dengan rumah Ita ni. Sebab itu, rumah Ita selalu menjadi tuan rumah acara makan-makan sebegini. Kami pernah berbuka puasa dan BBQ juga disini. Aku difahamkan oleh Ita bahawa member yang dikenali sebagai Teha dan Padli pergi ke kedai kek untuk membeli kek. Takkan beli kasut di kedai kek pula. 

Ita menyambung lagi bahawa majlis ini juga adalah untuk membuat birthday surprise pada member yang bernama Hadi sempena ulangtahun dia juga. Ini merupakan Hajat daripada isteri kepada Hadi. Isteri kepada Hadi ini menghubungi Teha, dah alang-alang buat makan-makan buatlah sambutan harijadi untuk shuben dia sekali. Untuk pengetahuan semua, birthday Hadi ni sama dengan birthday aku. So aku ingatlah birthday si Hadi ni. Tapi member-member semua hanya ingat birthday Hadi sahaja. Mungkin sebab isteri Hadi yang ingatkan. 

Aku membantu Ita di dapur bersama-sama dengan Teha. Masak nasi, cuci, celor mak nenek seafood tu tadi. Potong sayur, celor. Buat sos untuk sira. Buat koktel dan macam-macam lagi. Padli pula, tiup-tiup belon di ruang tamu bersama dengan laki Ita dan anak Ita. Dalam keadaan laki Ita tak berapa nak sihat macam nak demam. Suasana sebegini sememangnya aku sangat gemar yang tidak pernah lagi aku jumpa di tempat lain. Hanya dalam group 'Pisang Tanduk' sahaja. Group ini yang terbaik yang pernah aku ada dan mereka tak pernah lupakan aku walau aku telah berpindah kerja di tempat lain.

Sedang aku membantu Ita di dapur, berborak-borak, aku sempat berkata," Harijadi Hadi sorang je akak ingat." 

Ita pula berkata," Kenapa akak ingat besday Hadi je? Lain macam akak ni. Ada apa-apa ke?" 

"Sebab Harijadi Hadi sama dengan Harijadi aku." aku menjawab. Biar mereka jadi serba salah.

Mereka semua terkejut. Tapi aku tidak berkecil hati. Bila mereka buat jamuan sebegini, aku menganggap seperti kenduri kesyukuran dilakukan untuk aku. Dapat makan besar dan sedap dan dapat makan kek secret resepi. he~...

"Aah la... Sorry Kak Bed. Takpe kak. Rm30 akak tak payah bayar." Teha berkata. Aku diam saja tanda setuju. 

Kemudian, seorang lagi member sampai iaitu Syu bersama shuben dan anaknya. Kemudian sampai pula Aced tapi tak dapat bawa isteri bersama kerana isteri berpantang anak yang pertama. Dan yang terakhir barulah Hadi dan isterinya sampai. 

Terlihat getaran dibibir Hadi sewaktu melangkah masuk ke rumah Ita bila terlihat cahaya lilin di atas kek dan belon-belon di lantai. Terasa sangat istimewa. Kami semua segan silu nak nyanyi lagu happy birthday pada Hadi pada mulanya sebab semua dah tua bangka nak nyanyi. Tapi nyanyi juga lah walau dengar tak dengar. 

Kemudian acara makan pun bermula. Kami makan dengan lahap kerana semua dah tahap kebulur dan terliur melihat seafood-seafood tersebut. Dimulakan dengan bacaan doa oleh besday boy Hadi. Dan ngap ngap ngap lah. Apa lagi. Terlihat disitu, Padli adalah champion ketam, maknanya dia suka makan ketam lah sebab ketam je dia ambil. Kami agak malas sikit untuk kopek ketam tu, jadi semua hantar kepada Padli. Aced champion sotong. Yang lain-lain aku tak perasan. Aku balun je semua tapi aku suka makan pepahat.

Kami semua makan selagi boleh disumbat dalam mulut.


Taraaa... Inilah hasilnya. Serius aku tak pernah dengar berkenaan benda ni. Ini sebelum kami melahap lah. Makan tidak menggunakan pinggan. Makan seperti dalam gambar dan tarik je apa yang kita nak makan daripada lauk tu. Terbaik. Kebanyakkan Ita yang masak. Ita masak memang sedap dan semua jadi. Terima kasih Ita. Sampai sakit pinggang dan menggigil kepala lutut Ita prepare untuk semua ini. Difahamkan bahawa kalau makan di tempat yang sebetulnya makan ratusan ringgit juga.

Sebelum pulang, sempat baling telur dan tepung pada Hadi. Dan kami pulang bersama-sama bekalan makanan yang banyak tak habis dan hati yang puas...

Sekian...